Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang!


Selamat datang ke blog Buku Itu Duniaku. Blog ini didedikasikan khas untuk buku-buku dan resensasinya. Buku-buku yang saya uliti dan saya rekomenkan untuk dibaca. Tahun ini, saya mencabar diri saya untuk menulis resensi buku sebanyak 52 resensi. Ini menyamai 1 resensi 1 minggu.

Juga cabaran untuk saya untuk membaca 100 buah buku tahun ini. Selesai membaca sebuah buku, akan saya uploadkan di sini tarikh mula membacanya dan tarikh selesai. Termasuk juga gambar dan maklumat ringkas mengenai buku itu.

Kemudian, resensi bukunya akan menyusul. Tetapi resensi buku ini tak semestinya buku yang saya baca. Mungkin saya akan menulis resensi buku yang telah lama saya baca.

Begitulah perancangannya. Mudah-mudahan Allah akan membantu merealisasikannya. Dunia buku ini sungguh mengasyikkan. Dan saya mahu berkongsi keasyikan itu. Insya Allah!